Pelbagai definisi dan perbicaraan mengenai Hak Asasi Manusia, di sini saya ingin berkongsi mengenai beberapa pandangan mengenai Hak Asasi Manusia, iaitu :-
1. Hak asasi manusia merupakan satu konsep yang meliputi
setiap bangsa, agama, kepercayaan, budaya, adat dan negara. Hak asasi manusia
adalah aspirasi setiap individu serta masyarakat yang ingin mengecapi
kebahagian dalam kehidupannya. Perkembangan hak asasi manusia dilihat sebagai
suatu kepentingan kepada manusia dalam aspek keselamatan kehidupan, aspek
perlindungan diri yang lebih baik.
2. What is RIGHT? A right is the legal or moral entitlement
to do, or refrain from doing something, or to obtain or refrain from obtaining
an action, thing, or recognition in civil society Right serves as rules of
interaction between people, and they place constraints and obligations upon the
actions of individuals or groups. Examples: If one has a right to life, this means that
others do not have the liberty to murder him. If one has a right within a
society to a free education, this means that other members of that society have
an obligation to pay taxes in order to pay the costs of that educational right.
3. Hak adalah suatu nilai yang diinginkan seseorang bagi
melindungi dirinya agar dapat memelihara dan meningkatkan kehidupannya dan
mengembangkan keperibadiannya (Hakim Stayton) Ia memerlukan suatu interaksi
yang tidak berbelah-bahagi di antara individu dan masyarakat. Hak seseorang
bagi melakukan sesuatu memperjelaskan adanya kewajipan individu lain dan
masyarakat supaya tidak menghalang apa yang dilakukan oleh setiap individu
terbabit.
4. Donelly (1985) menggariskan DUA (2) konsep utama hak
politik dan signifikasi moral Hak dilihat sebagai suatu kebenaran moral seperti
“ianya bukan perkara yang baik untuk dilakukan”. Hak juga dilihat sebagai
kelayakan seperti dalam tuntutan.
5. Pengertian hak (dalam Islam) ‘ Hak’ atau ‘haqq’ dalam
perkataan Arab bermaksud ‘ fakta yang nyata’ atau ‘kenyataan’ dalam hukum :
‘kebenaran’ atau apa-apa yang berhubungan dengan fakta. Ahmad Jalal Hammad pula
melihat ‘hak’, ‘kekuatan’ dan ‘tuntutan’ adalah pengertian lain yang menonjol
daripada ‘haqq’.
6. Pengertian hak (A.C Kapur) Hak muncul daripada masyarakat
Setiap hak mempunyai tanggungjawab yang tertentu Hak bukanlah suatu tuntutan
Hak semestinya bersesuaian dengan kebaikan umum Negara tidak membentuk hak-hak
hanya mengekalkan dan mengkoordinasi hak-hak yang diterima pakai secara
sosialnya. Hak mestilah jelas dan tepat terutama dalam mengertikannya. Hak
mempunyai kecenderungan berkembang.
7. Haqq dalam bahasa Al-Quran adalah sinonim dengan
perkataan ‘kewajipan’. Al-Darini merumuskan definisi ‘haqq’ anugerah khusus
atau penguasaan atas sesuatu atau sebuah tuntutan kepada pihak lain yang
disahkan oleh syariat dengan tujuan mendapatkan manfaat tertentu Yang penting
hak ini akan menjamin kepentingan dan kebajikan umat Islam seluruhnya.
No comments:
Post a Comment